Okey jap nk solat jap.
Okey jom sambung sembang!
TIPS PERTAMA#1. List down tempat yang korang nak travel.
Gais ni penting ya supaya korang tahu hala tuju korang nak pergi mana dan korang boleh kire bajet nk pergi tempat yang korang nak bercuti contoh : Jauh ke dekat jarak (untuk duit minyak).Tu belom masuk duit bayar tol ! List down jugak tempat-tempat menarik untuk korang visit yang save bajet. Tempat makan sekali tau survey ><
TIPS KEDUA #2. Ajak kawan ramai-ramai pergi travel.
Haa! Kt sini la kita boleh jimat duit poket kita sebab kalau kita bercuti ramai-ramai dgn kengkawan, kita boleh share duit utk bayar minyak, duit tol, duit hotel dan segala duit untuk travel kecuali duit nk beli cenderahati nk buat kenangan tu guna duit masing-masing lerrr. Contoh : Kalau korang sewa kereta ,
- satu kereta Axia korang sewa setengah hari RM60.(bercuti balik hari)
- 1 kereta ada 6 orang.
- RM60 bahagi 6 orang :
Jadi sorang just kena bayar RM10 JER utk duit sewa kereta . Tambah duit minyak sorang RM10 dah CUKUP untuk pergi balik travel. Nak tahu mcm mana nak JIMATKN DUIT MINYAK supaya travel korang under RM100?Okey JOM pergi next tips.
TIPS KETIGA #3. Pilih kereta yg JIMAT MINYAK.
Lepas dah tahu tempat korang nak travel and dh gather kawan ramai-ramai(lebih 5 orang), korang wajib survey kereta sewa / kereta sendiri(kalau kaya)/kereta kawan-kawan yang jimat minyak ye supaya minyak kereta tak cepat habis ! Even korang pecut laju gila babeng pon minyak lambat turun. So ni aku list downkan jenis-jenis kereta yang save minyak yang aku pernah sewa :
- Kereta Axia
- Kereta honda Jazz
- Kereta Myvi
Kalau korang travel balik hari je , RM 60 pergi balik sahaja sudah cukup guna kereta-kereta yang aku mention ni :)
TIPS KEEMPAT #4. Banyakkan berjalan guna kaki.
Tips keempat ni kalau tempat travel yang korang pilih tu ade tempat-tempat menarik untuk korang visit tu dekat with each other , so better korang jalan je kaki . Parking kereta satu tempat, then korang berjalan je dari satu tempat ke satu tempat menarik yang lain. Banyak benefit tau . Korang dapat save duit minyak, korang dapat menghayati view keliling korang, and eh eh baik utk kesihatan korang jugak tau! (30 minit berjalan baik utk jantung anda:)) Selain dapat membakar lemak anda>.<Haa gituew! Mesti korang ingat aku gila kan suruh jalan kaki hahahaha okey aku bagi contoh :-
- Melaka . Kalau pergi melancong ke Melaka , banyak tempat-tempat menarik yang dekat with each other macam A famosa/Jonker street/Mall area situ/Naik bot kt sungai Melaka/Tempat makan/Tempat nak beli cenderahati. Haa kan dekat je semua tu. BUT , make sure bawak payung or topi tau nk elak dari burn kulit korang tu.
TIPS KELIMA #5.Pilih tempat menarik yang boleh masuk free atau fee masuk murah.
Kita ni as a student kene sedar diri jugak bajet kita nk bercuti jadi aku sarankan survey bayaran masuk yg free atau fee masuk yg murah tapi best, korang dapat knowledge, korang boleh cipta memory dengan kengkawan, boleh buat aktiviti bersama dengan kawan.Aku bagi contoh lagi tau hehe :-
- Muzium(segala jenis muzium la)
- Park atau ladang/taman haiwan ( selalu nya bayaran mcm ni tak lebih RM10 utk dewasa)
- Kawasan air terjun
- Tempat bersejarah
And banyak lagi la korang boleh survey kat internet tempat-tempat menarik yang korang boleh visit tapi jimat bajet. Kalau korang dapat travel tempat menarik yang bayaran masuk murah, korang dapat melabur duit dekat part makanan lebih sikit hehehe but still dapat save under RM100 tau.
CONCLUSION
- Bajet RM100
- 6 ORANG(contoh)
- RM10 sorang duit sewa kereta (kalau setengah hari RM60)*Ni contoh utk bercuti balik hari tau.
- RM10 sorang duit minyak
- Duit tol sorang RM5 (Kalau journey korang dekat)
- Duit masuk tempat-tempat menarik-tingtongtiongtong dah RM20.
- Duit makan RM10 (Lepas ye untuk makan nasi,beli jajan)
SO balance ade lagi RM45 gais !!! BTW Tips yang aku bagi ni bukan untuk anak orang berada atau orang yang cerewet nak itu ini semua perfect ye. Tips ni khas utk student dan orang bujang yang sempoi nak release tension travel tempat lain utk gain experience tapi jimat dan best ! Mesti korang rasa dengan ekonomi kita sekarang ni susah nak cari tempat murah yg best-best kan? EH EH EH korang tak survey betul-betul mcm mana nk jumpa ye idok? Sebab nk pergi travel ni, kita yang plan susun atur dia bukan travel tu yang plan kita punya arah tuju.
OK gais done dengan tips-tips yang aku bagi tu . HMMM...next topic(cewah dah mcm bukak buku teks pulak!) OK NANTIKAN TOPIC SETERUSNYA ! Coming Soon.
#PIQAPIQACHUUBLOG
#PIQAPIQACHUUYTC
#PIQAPIQACHUUBLOG
#PIQAPIQACHUUYTC
No comments:
Post a Comment